SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

PROJEK WAKAF / SUMBANGAN SMART TV UNTUK PENGAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPC) MURID

 

PROJEK WAKAF / SUMBANGAN SMART TV 

UNTUK PENGAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPC) MURID

Pihak sekolah & Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah melaksanakan kajian rintis penggunaan 

Smart TV semasa PdPC murid yang melibatkan 3 kelas sesi pagi dan 3 kelas sesi petang. 

Kajian rintis ini dilaksanakan pada Disember 2022 hingga Februari 2023. 

📌Melalui kajian rintis tersebut dapat dilihat impak yang sangat positif seperti:

1.  Murid dapat meneroka pembelajaran secara kendiri dan seterusnya menyediakan mereka kepada kemahiran masa depan yang kreatif dan kritis.

2.  Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdPC) guru, agar PdPC lebih menarik, berkesan dan menyeronokan selain dapat menarik minat murid untuk terus fokus dalam mencari ilmu.

3.  Meningkatkan penggabungjalinan mata pelajaran dalam PdPC. Ini akan memberikan impak yang lebih memberangsangkan dalam penerimaan pembelajaran,

======================

Anggaran kos yang diperlukan sebanyak RM39,600 meliputi 18 bilik darjah

Slot wakaf / sumbangan (RM 50/1 LOT). Sumbangan boleh melebihi daripada 1 lot.

Jika ingin membuat pembayaran sila rujuk (klik) gambar poster  untuk nombor akaun PIBG.

=========================

Bersama-sama membangunkan sekolah demi kecemerlangan 

dan masa depan anak-anak SK Taman Puteri Wangsa.

Sasaran pihak sekolah ialah pada bulan JUN 2023 

agar semua murid dapat menikmati PdPC secara interaktif 

dengan menggunakan smart TV.

Jom wakaf saham akhirat melalui pendidikan anak-anak

"Ke Arah Transformasi Pendidikan Digital SKTPW"

Terima kasih di atas keprihatinan tuan/puan

====================================================

KEJOHANAN MERENTAS DESA BAWAH 11 (PERINGKAT MSSD) 2022

 TAHNIAH 

MUHAMMAD THAQIF IRFAN BIN ABDULLAH (5 ZAMRUD)

memenangi tempat pertama dalam 

Kejohanan Merentas Desa bawah 11 peringkat MSSD Pasir Gudang 

pada 6 Disember 2022

===================================


LAMAN MINDA SIHAT SK TAMAN PUTERI WANGSA

 SK TAMAN PUTERI WANGSA

TELAH MEWUJUDKAN LAMAN MINDA SIHAT 

UNTUK WARGA SEKOLAH


====================================

 

PENILAIAN TV PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT JOHOR 2022

 TAHNIAH

NUR CARLISA BINTI BAHA 

TELAH DIPILIH SEBAGAI IKON MURID SEKOLAH RENDAH 

TV PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT JOHOR 2022



TAHNIAH NUR CARLISA BINTI BAHA
=======================================

LIGA SUPARIMAU 2022 (JOHOR U12 TIGERS SEASON C)

 Pasukan bola sepak sekolah SKTPW, HARIMAU WANGSA FC

 telah menjuarai Liga Suparimau (Johor U12 Tigers Season C) 

pada 3 Disember 2022 di Arena Mutiara, Johor




TAHNIAH HARIMAU WANGSA FC
======================================