TIP-TIP BELAJAR DENGAN BERKESAN
- DR FADHILAH KAMSAH
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar