SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

HEM




SSDM- Sistem Sahsiah Diri Murid

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid. 

SSDM bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jatidiri murid agar mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di dalam kehidupan seharian. SSDM ini berkait rapat dengan APDM.

Amalan baik juga akan direkodkan ke dalam SSDM. Contoh amalan baik adalah memungut sampah di dalam kelas, membantu rakan dalam kesusahan, membersihakn dan mengemas meja guru dan banyak lagi.

SSDM ini bertujuan untuk merekod salah laku murid dan sahsiah diri murid ketika berada di sekolah.Dengan rekod ini, semua pihak yang berkenaan dalam mengakses data salah laku murid dan sahsiah diri murid bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disiplin di kalangan murid.SSDM ini yang ada sekarang ini merupakan sistem yang telah dinaiktaraf kini menjadi SSDM 2.0.

SSDM terdiri daripada 4 kategori pengguna iaitu;

  • Sekolah
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPHS)

Fungsi utama SSDM adalah;

  • Merekod kes-kes salah laku murid
  • Merekod sahsiah diri murid yang baik 
  • Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salah laku dan sahsiah yang baik
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
================================


PORTAL ADUAN BULI


Portal aduan buli telah dilancarkan pada 18 Ogos 2022 
bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli itu menyediakan 
tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga 
melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah. 
Saluran tersebut adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352),
 e-mel (adubuli@moe.gov.my) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu. 
Turut dilancarkan ialah program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat iaitu kolaborasi antara KPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.


===============================================