SEMAKAN TAWARAN SEKOLAH KAWALAN NEGERI, KRK, KAA, SMKA DAN SABK AMBILAN JANUARI 2014
Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 akan diumumkan mulai 18 Disember 2013 melalui pautan di bawah ini:
1) Pautan: http://public.moe.gov.my/
2) Selain itu semakan melalui SMS dengan menaip
MOE<jarak>SKKAWALAN<jarak>Angka Giliran UPSR
(contoh : MOE SKKAWALAN ZZ0000001)
dan SMS ke 15888.
Harap maklum.
.=========================================
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014. Sila layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut.
Harap maklum.
==============================================