SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA : SEPAKAT DAN SELAMAT (18 OGOS 2022)



MAJLIS PELANCARAN 
SEKOLAHKU SEJAHTERA : SEPAKAT DAN SELAMAT


Portal aduan buli telah dilancarkan pada 18 Ogos 2022 
bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah
 dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang dengan 
menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa 
atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah. 

Saluran tersebut adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), 
e-mel (adubuli@moe.gov.my) atau aduan 
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM 
yang tersedia di portal aduan itu


=========================================================