SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

PROJEK WAKAF / SUMBANGAN SMART TV UNTUK PENGAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPC) MURID

 

PROJEK WAKAF / SUMBANGAN SMART TV 

UNTUK PENGAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPC) MURID

Pihak sekolah & Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah melaksanakan kajian rintis penggunaan 

Smart TV semasa PdPC murid yang melibatkan 3 kelas sesi pagi dan 3 kelas sesi petang. 

Kajian rintis ini dilaksanakan pada Disember 2022 hingga Februari 2023. 

📌Melalui kajian rintis tersebut dapat dilihat impak yang sangat positif seperti:

1.  Murid dapat meneroka pembelajaran secara kendiri dan seterusnya menyediakan mereka kepada kemahiran masa depan yang kreatif dan kritis.

2.  Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdPC) guru, agar PdPC lebih menarik, berkesan dan menyeronokan selain dapat menarik minat murid untuk terus fokus dalam mencari ilmu.

3.  Meningkatkan penggabungjalinan mata pelajaran dalam PdPC. Ini akan memberikan impak yang lebih memberangsangkan dalam penerimaan pembelajaran,

======================

Anggaran kos yang diperlukan sebanyak RM39,600 meliputi 18 bilik darjah

Slot wakaf / sumbangan (RM 50/1 LOT). Sumbangan boleh melebihi daripada 1 lot.

Jika ingin membuat pembayaran sila rujuk (klik) gambar poster  untuk nombor akaun PIBG.

=========================

Bersama-sama membangunkan sekolah demi kecemerlangan 

dan masa depan anak-anak SK Taman Puteri Wangsa.

Sasaran pihak sekolah ialah pada bulan JUN 2023 

agar semua murid dapat menikmati PdPC secara interaktif 

dengan menggunakan smart TV.

Jom wakaf saham akhirat melalui pendidikan anak-anak

"Ke Arah Transformasi Pendidikan Digital SKTPW"

Terima kasih di atas keprihatinan tuan/puan

====================================================