SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS GPK PETANG BAHARU


SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS
GPK PETANG BAHARU (JAN 2024)
CIKGU SHARUDDIN BIN ANUAR
================================


 

SELAMAT BERSARA CIKGU BAHMAN BIN SAMSUDIN (GPK PETANG)

 


TERIMA KASIH CIKGU
JASAMU DIKENANG DAN DIABADIKAN
================================


SELAMAT BERSARA CIKGU NORHAYATI BINTI MOHAMED


TERIMA KASIH CIKGU
JASAMU DIKENANG DAN DIABADIKAN
================================


 

PELANCARAN SMART TV UNTUK PDPC


PELANCARAN SMART TV UNTUK PDPC
DIRASMIKAN OLEH YDP PIBG,
EN MOHD NASZRI BIN MOHD YUSOF
PADA 26/11/2023.

TERIMA KASIH IBU BAPA DAN PENJAGA
SERTA AJK PIBG
====================================




 

MINGGU SOLIDARITI PALESTIN

 

Sumbangan Solidariti Palestin

Alhamdulillah, SKTPW telah berjaya mengumpulkan
sejumlah RM 2550.00
untuk tujuan sumbangan kepada saudara-saudara kita di Palestin.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ibu bapa dan murid SKTPW
atas kebersamaan menjayakan misi kemanusiaan ini.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT ANAK JAGAAN DALAM MODUL PENGURUSAN AWAM OLEH IBU BAPA PENJAGA

Perhatian semua ibu bapa dan penjaga SK Taman Puteri Wangsa

 Mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan pihak sekolah supaya mengingatkan ibu bapa/penjaga membuat kemaskini maklumat anak jagaan mereka di https://idme.moe.gov.my  (bagi ibu bapa/penjaga yang sudah mendaftar di idME). Bagi ibu bapa/penjaga yang belum ada akaun idME, mohon mereka membuka akaun idME dengan memilih butang daftar baru. Rujuk manual Pengguna (Pengguna Awam) Sistem Pengurusan Identiti (idME) yang dilampirkan.

Untuk makluman tuan/puan, maklumat murid yang telah ditarik masuk ke idME memerlukan pengemaskinian  ibu bapa/penjaga terutamanya bagi penempatan murid dari Tahun 6 ke Tingkatan 1/kelas peralihan. Bersama-sama dengan ini disertakan manual kemaskini profil dalam Modul Pengurusan Awam untuk kemudahan ibu bapa/penjaga membuat kemaskini maklumat terkini di menu pengurusan profil. Manual tersebut boleh dicapai di pautan : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmD1mchJt7tXs2yYAhsKd3JlSnmk8pQZK
Sekian, terima kasih.
===========================================