SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

CUTI BERGANTI SEKOLAH (21 JUN 2013 - JUMAAT)

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA SEKOLAH AKAN DITUTUP UNTUK SESI PAGI DAN PETANG PADA 
21 JUN 2013 (JUMAAT).
PENUTUPAN INI DISEBABKAN OLEH TAHAP PENCEMARAN UDARA DI PARAS BAHAYA.

BERIKUT ADALAH SURAT SIARAN PPD PASIR GUDANG:

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal adalah dirujuk.

Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang). Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Cuti bagi kakitangan sokongan sekolah adalah bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.

Pihak sekolah dipohon untuk menyediakan langkah penyebaran maklumat yang proaktif dalam menyampaikan maklumat ini kepada guru dan penjaga. Pihak sekolah juga disaran untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan kehadiran pelajar ke sekolah pada awal pagi hari yang terlibat.

Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.