SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Perhatian kepada semua ibubapa murid Tahun 6.

Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR 


Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.
Harap maklum.