Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (RM100)

Perhatian kepada semua ibu bapa/ penjaga murid yang masih belum menerima bantuan.

Bantuan akan diagihkan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Februari 2016 (Ahad) dan 6 Mac 2016 (Ahad)
Masa    : 9:00 pagi - 2:00 petang
Tempat: Pejabat Sekolah

Syarat Kelayakan Menerima BKAP (Bantuan RM 100)

1. Murid warganegara Malaysia, ( Jika murid bukan warganegara,salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara).

2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan bantuan Kerajaan.

3. Isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3000.00 ke bawah.

Dokumen yang perlu dibawa ketika berurusan:

1. Surat Pemberitahuan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (RM100) yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan telah diserahkan kepada murid.

2. Slip gaji terkini / penyataan cukai pendapatan terkini / penyata bank bagi 3 bulan terkini.

*Jika ibu/bapa/penjaga tidak membawa dokumen seperti di atas segala urusan tidak akan dilayan.

* Jika ibu bapa / penjaga gagal hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti di atas segala urusan tidak akan dilayan.

Harap maklum. 

==========================================