SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN (MENENGAH) NEGERI JOHOR BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017


Penulis : EN. MOHD AZMI BIN HJ. ABDUL RAHMAN (JPN JOHOR)
Dimasukkan Pada : 2016-09-03 04:05:01

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN (MENENGAH) NEGERI

 JOHOR BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017
Assalamualaikum wr wb
Salam Sejahtera

Guru-guru Besar Sekolah Rendah di Negeri Johor 
boleh memaklumkan perkara ini kepada ibubapa 
murid Tahun 6 di sekolah masing-masing.

Permohonan Ke Sekolah Kawalan (Menengah) 
Negeri Johor Bagi Ambilan Sesi Persekolahan 
Tahun 2017 kini dibuka dari 1 SEPTEMBER 2016 
SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2016 
melalui capaian  https://public.moe.gov.my

Permohonan ini adalah bagi Akaun IBUBAPA SAHAJA
 bagi SEKOLAH KAWALAN iaitu :
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
2. Kelas Kawalan (KK)
3. Kelas Rancangan Khas (KRK)
4. Sekolah Kawalan (SKw)
5. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Nota :
1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon 
dengan BIMBINGAN IBUBAPA / PENJAGA / GURU. 
Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara 
bersendirian;
2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT 
yang diperlukan dengan BETUL, LENGKAP dan TEPAT;
3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah 
tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN 
PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang 
diisi dengan teliti sebelum dicetak. PENGEMASKINIAN 
TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN DIBUAT;
5. Sekiranya ada maklumat permohonan yang tidak tepat 
dan perlu dikemaskini, sila hubungi Guru Kelas murid 
yang memohon untuk pengemaskinian permohonan dan 
cetakan semula permohonan;
6. Penolong PPD Menengah Murid (PPDMM) di Pejabat 
Pendidikan Daerah masing-masing boleh dihubungi jika 
memerlukan maklumat berkenaan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

=========================================