SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

KrMJ

PELAKSANAAN
KARAKTER  MURID  JOHOR
 
MATLAMAT

Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali.



OBJEKTIF

·         Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor
·         Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi
·         Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti.
·         Menjalinkan kerjasama, perpaduan  dan muafakat dalam kalangan murid Johor
·         Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan.


SASARAN

·         Murid-murid yang bersekolah di Johor samada bersekolah menengah atau rendah.

CADANGAN AKTIVITI

·         Program Karakter Murid Johor akan dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa:
Fasa 1        : Keseragaman pemaikaian T-shirt  KrMJ, Budaya salam, Amalan Doa & Lagu Patriotik Johor  
Fasa 2        : Budaya kesantunan, Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut kemas
Fasa 3        : Program kendalian murid dan Program kepimpinan.


IMPAK

·         Membentuk karakter kepimpinan berkualiti dan holistik

HARAPAN

·         Jabatan Pendidikan Negeri Johor menaruh harapan agar murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan mudah dikenali.
  

Fasa 1:

  1. Keseragaman Kemeja – T
-          Pakaian kemeja – T yang direka khas ini boleh digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, kokurikulum, program-program luar bilik darjah, pertandingan peringkat daerah MSSD, MSSJ dan MSSM.
-          Keseragaman bergambar gaya bebas (free style) – Gaya Zapin Johor.


  1. Budaya Salam
-          Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan untuk murid-murid Melayu sahaja.  Murid-murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat.  Adalah tidak menjadi halangan kepada murid-murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan murid Melayu.

-          Amalan pengucapan salam ‘Salam Muafakat Johor’  digalakkan dalam majlis-majlis tertentu yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


  1. Amalan Doa
-          Skrip doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di Johor.
-          Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menandah tangan.  Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja. 
-          Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkan kepala.  Kedua-dua tangan  berada di bawah dengan bersilang. Tangan kanan berada di atas tangan kiri.

  1. Semangat Patriotik Johor
1)     Lagu Bangsa Johor             -  Dinyanyikan dalam acara-acara rasmi
2)     Lagu Luaskan Kuasa Mu   -  Dinyanyikan dalam pertandingan seperti sukan dll.
3)    Lagu Muafakat Johor        -  Dinyanyikan dan diperdengarkan secara selingan dalam majlis.
4)      War cry “Muafakat Johor -  Digunakan sebagaikan membangkitkan semangat juang.

  

Fasa 2:

  1. Budaya Kesantunan
-          Menghormati dan menyayangi orang tua/ guru dan rakan-rakan sebaya.
-          Budaya melayan dan meraikan tetamu
-           Budaya memberi penghargaan kepada guru dan warga sekolah dengan ucapan 
       “Terima kasih”.
-           Budaya meraikan kejayaan rakan.
-          Menonjolkan penampilan/ keterampilan terpuji (pakaian yang kemas, tidak ketat, tidak        menjolok mata, tingkahlaku yang baik, perangai yang sopan dll).


  1. Memupuk Budaya Johor
-          Memupuk nilai, tatasusila dan kesantunan dalam kalangan warga sekolah.
-          Membudayakan aktiviti J-robik dan muzik Johor seperti keroncong, ghazal, zapin “Gendang Perayaan 24 Musim’  dan “Kavadi”  atau lain-lain yang sesuai.
-          Mengenali, menggalakkan dan mengamalkan seni budaya Marhaban & Berzanji dalam Panatia Pendidikan Islam.
-          Mengenali dan menghargai makanan tradisi Johor seperti laksa Johor, lontong, mee rebus, mee bandung, burasak, asam pedas, asam rebus dll.
-          Menggalakkan apresiasi tulisan jawi.
-          Menggalakkan pemakaian baju Melayu teluk belanga & pakaian tradisi kaum lain.


  1. Gaya Rambut
-          Ukuran guntingan rambut adalah tapak 2 dan 3  atau tapak 2 dengan bahagian atas rambut tidak melebihi 2 inci panjang.
-          Gaya rambut yang pendek dan fesyen yang tidak keterlaluan.
-          Qaza’ adalah tidak dibenarkan.
-     aya rambut yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


  
Fasa 3:

  1. Program Kendalian Murid
-          Murid dilatih untuk mengendalikan beberapa progam di sekolah seperti:
- Perhimpunan sekolah.
- Majlis Hari Guru
- Mengendalikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat.
- Menguruskan Hari Sukan sekolah – Kejohanan Olahraga
- Perkhemahan dan lawatan dll.
- Guru hanya sebagai fasilitator sahaja


  1. Program Kepimpinan
-          Sekolah menjalankan program-program berbentuk kepimpinan seperti Kelab dan persatuan,  Program pengawas dll dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi pemimpin.
-          Mewujudkan Students Leader Board (SLB) di peringkat sekolah dengan tujuan menyediakan mereka kepada District Students Leader Board (DSLB) &  Johor Students Leader Board (JSLD).
-          Contoh program yang boleh dilaksanakan seperti:
- Program ‘Team Building’.
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Kursus Pembangunan Sahsiah.
- Kem Bina Semangat.
-     Pertandingan-pertandingan bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar seperti pertandingan         berpidato, perbahasan, pengucapan umum dll.dingan bagi meningkatkan keyakinan diri              pelajar  seperti pidato, perbahasana, pengucapan umum dll.